Setiap orang mempunyai pandangan
tersendiri dalam memilih kerja. Faktor-faktor penting seperti gaji, tempat
tinggal, kemudahan yang disediakan dan sebagainya menjadi titik tolak
penerimaan seseorang dalam sesuatu pekerjaan. Begitu juga dalam konteks ini,
terdapat pelbagai sebab yang mendorong masyarakat memilih menjadi usahawan atau
berniaga dan sebab-sebabnya adalah seperti berikut;
Trend masa kini. Sudah menjadi
kebiasaan masyarakat kita, suka mencuba sesuatu yang menjadi perhatian.
Sehubungan itu suatu produk baharu di pasaran akan sentiasa mendapat permintaan
tinggi apatah lagi jika produk berkenaan menepati cita rasa pengguna. Tidak memerlukan modal yang
banyak. Boleh memulakan perniagaan yang sesuai dengan modal yang ada.
Keberangkalian kerugian juga adalah rendah.
Tidak memerlukan kepakaran atau
pengetahuan khusus. Mungkin bagi mereka yang berpendidikan rendah ini merupakan
peluang yang dinanti-nantikan. Kepakaran dalam berkomunikasi adalah yang
terpenting. Hal ini kerana pekerjaan jenis ini memerlukan daya tarikan untuk
menarik pembeli atau pengguna.Tiada bos. Selain itu tiada
arahan itu ini daripada bos atau majikan juga memberikan kepuasaan kepada
mereka yang memilih kerjaya sebagai peniaga atau usahawan. Orang yang suka
bekerja bebas tanpa arahan selalunya condong memilih bekerja sendiri.
Kerja sampingan. Menambah dan
mengukuhkan pendapatan dengan membuat sebarang perniagaan sebagai kerja
sampingan juga popular masa kini. Minat turut mendorong seseorang melibatkan
diri dalam bidang ini. Walaupun mempunyai kerjaya tetap namun masih
meninggalkan sedikit ruang untuk memenuhi kepuasan peribadi. Guru contohnya
yang ramai melibatkan diri dalam bidang berniaga secara kecil-kecilan. Namun begitu semangat yang kuat
perlu ada dalam setiap diri mereka yang ingin melangkah ke alam keusahawanan
kerana tidak semuanya akan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.
Fenomena pasang surut sering berlaku mengikut keadaan semasa dan usaha.
Kekayaan dan risiko kedua-duanya terletak dalam tangan yang mengusaha.
Tambahan pula, "Allah tidak akan menolong sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri menolong dirinya". Ini menunjukkan tanpa usaha, tidak akan ada pembangunan. Pembangunan negara, khususnya pembangunan ekonomi, bergantung kepada manusia yang mengejar peluang-peluang ekonomi. Pembangunan ekonomi bergantung kepada manusia yang berupaya menggembleng faktor-faktor pengeluaran. Manusia itu adalah usahawan.
Tambahan pula, "Allah tidak akan menolong sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri menolong dirinya". Ini menunjukkan tanpa usaha, tidak akan ada pembangunan. Pembangunan negara, khususnya pembangunan ekonomi, bergantung kepada manusia yang mengejar peluang-peluang ekonomi. Pembangunan ekonomi bergantung kepada manusia yang berupaya menggembleng faktor-faktor pengeluaran. Manusia itu adalah usahawan.
Secara jelas, keusahawanan boleh
menyumbang kepada pembangunan. Implikasi pembangunan ialah kehidupan yang
selesa. Rezeki yang mencukupi dan melebihi, menyumbang ke arah kehidupan dan
kemakmuran bersama. Keusahawanan juga meningkatkan kualiti kehidupan dengan penemuan
demi penemuan dan ini meluaskan pilihan pengguna. Keusahawanan membanyakkan
peluang mata pencarian dan menyumbang ke arah produktiviti kebangsaan.
Keusahawanan membantu ke arah pengagihan pendapatan yang lebih saksama
seterusnya membawa kebaikan sosial melalui pengembalian sejumlah pendapatan
kepada negara dalam bentuk pengembalian wajib seperti cukai dan zakat, mahu pun
yang sukarela. Bukankah Islam sendiri menyatakan " sembilan persepuluh
rezeki, itu di dalam perniagaan."
Secara ringkas bolehlah dikatakan
usahawan itu berperanan :-
1- Menyumbangkan Idea Dan
Pembaharuan
Dalam konteks perhubungan
usahawan dengan firmanya, usahawan adalah sumber utama idea dan pembaharuan.
Idea dan pembaharuan tidak semestinya terlalu unik, peningkatan daripada idea
yang sedia ada juga merupakan sesuatu yang bernas. Untuk memainkan peranan ini
usahawan harus sentiasa berpemerhatian dan berfikiran terbuka.
2- Merancang
Daripada idea dan penyerlahan
peluang, usahawan merancang. Perancangan strategik harus mengambilkira apa yang
ada, yang tiada dan yang bakal ada. Perancangan menentukan apa yang diperlukan.
Oleh itu penggembelingan faktor pengeluaran, harta, tenaga dan modal harus
menyusul.
3- Mengurus / Mengeluar / Mengedar /
Menanggung Risiko
Sumber-sumber seterusnya diurus,
dikeluarkan hasil dalam bentuk barangan atau perkhidmatan. Penentuan hasil
pengeluaran dan sasaran pasaran amat penting. Sepanjang usaha usahawan itu,
dari mula terbitnya idea hingga ke penawaran barangan dan perkhidmatan, ianya
tidak dapat lari dari berbagai ketidakpastian dan inilah yang dikatakan risiko.
Sebaik mana sekalipun perancangan, kekuasaan manusia memang terbatas.
Risiko-risiko yang banyak dan kadang-kadang tidak terduga bila timbulnya,
adalah tanggungan usahawan.
4- Menawarkan Peluang Pekerjaan
Usahawan menawarkan peluang
pekerjaan kepada tenaga kerja yang sesuai. Dengan wujudnya industri dari pihak
usahawan secara tidak langsung memberi peluang pekerjaan kepada penduduk
setempat dan kesannya kadar pengangguran semasa akan menurun.
5- Menyediakan Pilihan Dan Penawaran
Serta Memenuhi Kehendak Pengguna
Penggunaan tenaga kerja yang
bersesuaian dan peningkatan kemahiran tenaga kerja dari masa ke semasa akan
mempertingkatkan produktiviti. Hasilnya usahawan dapat pula menyediakan pilihan
dan penawaran yang lebih banyak dan lebih baik kepada pengguna. Pengguna
mempunyai cita rasa yang pelbagai dan adalah menjadi tugas seorang usahawan
untuk memenuhi kehendak dan keperluan tersebut.
6- Menyumbangkan
Kebajikan Dan Kepimpinan
Memenuhi keperluan asas
masyarakat akan menyumbangkan ke arah peningkatan kebajikan masyarakat.
Sumbangan peribadi dalam bentuk derma, zakat dan sebagainya juga merupakan
bentuk kebajikan. Dalam memainkan peranan-peranannya, usahawan sesungguhnya
menunjukkan kepimpinannya. Peluang kepimpinan tidak semestinya dalam dunia
perniagaan semata. Kepakaran dan pengalaman usahawan juga diperlukan dalam
pendidikan, pentadbiran negara dan sosial.
7- Peluang
untuk mengawal nasib sendiri
Peluang memiliki perniagaan
sendiri sememangnya impian bagi setiap individu yang bergelar usahawan.
Usahawan yang memiliki perniagaan sendiri bebas memainkan peranan dalam usaha
untuk mencapai matlamat peribadi. Sekira dia ingin berjaya dalam hidupnya, dia
boleh berusaha dengan lebih gigih lagi. Misalnya seorang usahawan yang
memerlukan tambahan modal untuk membesarkan perniagaannya dia boleh bekerja
lebih masa atau menjual barang dengan harga yang lebih murah supaya dia
mendapat jualan yang banyak dan keuntungan dapat ditingkatkan. Berbagai-bagai
cara dapat dilakukan oleh beliau untuk mengawal nasibnya sendiri.
8- Peluang
untuk mencapai potensi sebenar
Untuk mencapai matlamat yang
diimpikan seorang usahawan harus menggunakan semua potensi, kemahiran dan
keterampilan yang dimiliki untuk menghadapi sebarang halangan dan rintangan
untuk mencapai hasratnya. Di sini juga ia akan bertindak diluar jangkaannya
sendiri. Tercapai atau tidak matlamatnya selalunya tidak begitu penting setelah
berusaha melakukan yang terbaik. Dia akan berpuas hati dan merasa gembira
apabila segala potensi yang ada telah digunakan.
9- Peluang
untuk memperolehi keuntungan
Mendapat untung sememangnya salah
satu matlamat seorang usahawan dalam menjalankan perniagaan. Pelanggan
selalunya menjadi ganjaran kepada usaha yang gigih. Dalam banyak keadaan
keuntungan menunjukkan kejayaan dan mencerminkan kerajinan, kepintaran dan
kreativiti terhadap perniagaannya.
10- Peluang untuk
menyumbang kepada masyarakat dan negara
Peranan usahawan terhadap
masyarakat dan negara amat besar, seorang usahawan yang berjaya akan menjadi
contoh kepada masyarakat. Ia juga dapat mengharumkan nama negara kerana
usaha-usaha murni yang telah ditunjukkan.
Selain daripada peranan yang
dinyatakan seperti di atas, peranan sebagai usahawan juga boleh dilihat dari
dua sudut iaitu dari aspek mikro dan aspek makro.
Aspek mikro
· sebagai
sumber idea dan pembaharuan
· sentiasa
melihat masalah yang wujud sebagai peluang idea perniagaan
· melaksanakan
perancangan strategik bagi merealisasikan idea perniagaan
· berhadapan
dengan kekaburan, ketidakpastian, dan risiko kemungkinan kegagalan
Aspek makro
· mewujudkan
peluang pekerjaan
· meningkatkan
taraf hidup rakyat
· membangunkan
industri sokongan
· mempelbagaikan
barangan di pasaran seiring dengan peningkatan teknologi
· menggunakan
sumber dengan cekap
· perniagaan
turun temurun yang diwarisi
· sebagai
model ikutan masyarakat.
mohon copy untuk assignment saya..terima kasih..semoga dirahmati
ReplyDeleteMohon kebenaran untuk meminjam idea untuk teks saya, terima kasih!
ReplyDelete