Pages

Wednesday, September 17, 2014

Kepentingan Bidang Keusahawanan


Di Malaysia, wujudnya usahawan-usahawan dalam sektor perniagaan secara tidak langsung memberi kelebihan kepada masyarakat, ia boleh membantu peluang pekerjaan kerana perniagaan kebiasaannya melibatkan peniaga – pekerja – pelanggan.


Ciri-ciri ini sering dikaitkan dengan usahawan, iaitu orang yang terlibat dalam bidang keusahawanan dan mengusahakan perniagaan mereka. Digambarkan mereka sebagai usahawan yang memulakan perniagaan mereka sendiri untuk kepuasan diri dan sara diri.


Perbincangan kontemporari melihat mereka sebagai ahli perniagaan yang melancarkan perniagaan yang inovatif untuk menubuhkan sebuah syarikat utama yang akan membawa keuntungan bagi mereka dan pelabur. Ia merupakan enjin bagi mewujudkan peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi.


Seseorang usahawan kecil atau besar menubuhkan sebuah perniagaan baru memerlukan khidmat pekerja dan secara langsungnya mereka menyediakan peluang pekerjaan. Kerajaan atau pihak berkuasa tempatan menjalankan cukai dan hasilnys pergi ke arah meningkatkan pendapatan negara. Bidang keusahawanan membawa keluar kualiti kepimpinan dalam setiap usahawan seperti seorang usahawan boleh ditawarkan peluang latihan untuk mengasah kemahiran mereka.


Terdapat banyak kursus keusahawanan dan kemahiran keusahawanan yang tersedia ada untuk bakal usahawan kecil sebelum mereka memulakan sesebuah perniagaan. Bermula dengan tip-tip usahawan, dana dan pinjaman pembiayaan, ketahanan diri dalam menempuh risiko perniagaan dan sebagainya. Usahawan yang terlatih boleh memberi manfaat kepada sesebuah organisasi atau komuniti. Keusahawanan bermaksud memberi kebebasan kepada usahawan menguruskan perusahaan mereka sendiri dengan cara yang mereka ingin kan.


Keusahawanan membolehkan bakal usahawan menggunakan modal yang mereka ada untuk melihat inovasi mereka memulakan perniagaan dari akar umbi sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Keusahawanan menggalakkan persaingan kerana setiap usahawan yang berpotensi cuba untuk tampil dengan inovasi terbaik. Ini juga diterjemahkan dalam barangan atau perkhidmatan yang berkualiti yang mereka sediakan.

No comments:

Post a Comment