Usahawan juga membantu memperbaiki mutu kehidupan masyarakat melalui produk dan
perkhidmatan baru yang diperkenalkan. Usahawan adalah individu yang bukan hanya
mencipta kekayaan tetapi turut mendorong pembahagian kekayaan. Dalam Islam juga
ada menyebut tentang kebaikan berniaga dan menjadi seorang usahawan. Buktinya,
Islam sangat mengiktiraf keusahawanan sebagai salah satu daripada cabang ibadat
sehingga mengakui 90 peratus daripada sumber rezeki datangnya daripada hasil
perniagaan. Sejarah keusahawanan Islam telah bermula sejak kejadian manusia di
mana dua orang anak Nabi Adam a.s iaitu bapa kepada semua manusia melopori dua
bidang utama keusahawanan. Anak pertama Habil mempelopori bidang pertanian
manakala adiknya Qabil mempelopori bidang penternakan. Selain itu sejarah Islam
turut menyaksikan kebanyakkan nabi yang diutuskan Allah S.W.T telah menceburkan
diri dalam bidang keusahawanan sama ada dalam bidang pertanian, ternakan,
pertukangan dan perniagaan yang bukan sekadar di peringkat dalam negara malahan
di peringkat antarabangsa.
Antara kepentingan atau manfaat keusahawanan lain ialah meningkatkan kualiti kehidupan
masyarakat dan merupakan salah satu strategi membasmi kemiskinan. Pendedahan
demi pendedahan akan kepentingan bidang keusahawanan membuka mata masyarakat
untuk menceburinya. Hanya mahu atau tidak mereput peluang ini sahaja kerana
peluang sentiasa terbuka kepada mereka yang ingin mencuba. Dalam keusahawanan
kita dapat mempelajari pelbagai ilmu baru, bukan setakat mengetahui selok-
belok menjalankan perniagaan. Komunikasi lebih lancar dan dengan cara yang
betul juga dapat diperbaiki apabila mereka berhubung sesama usahawan juga para
pelanggan. Selain itu melalui keusahawanan seseorang mempunyai kemahiran khusus
yang orang lain tidak ketahui iaitu menguasai ilmu tentang produk yang dijual.
Sebagai contoh seorang usahawan menjual barang kosmetik, secara tidak langsung
ia harus mengetahui kegunaan, kebaikan sesuatu produk kepada individu tertentu
mengikut kesesuaian, bahan-bahan yang terkandung dalam produk-produk berkenaan,
cara-cara pemakaiannya atau penggunaannya dan lain-lain.
Apa yang dapat dirumuskan ialah keusahawanan merupakan bidang yang banyak
membuka peluang kepada masyarakat melayakkan diri untuk bersaing membangunkan
kemajuan diri dalam segelinap sudut. Pelbagai manfaat yang diperolehi daripada
keusahawanan harus disedari semua.
u
ReplyDeleteThank share😊
ReplyDelete