FOKUS USAHAWAN MUDA
IKA sebelum ini bantuan kewangan untuk memulakan perniagaan
kebanyakannya disediakan agensi kerajaan sahaja, kini usahawan muda mempunyai
pilihan untuk mendapatkan dana daripada badan bukan kerajaan (NGO) yang mula
diwujudkan dan dikendalikan oleh belia sendiri bagi tujuan itu. Menyedari
usahawan muda adalah harapan masa depan yang mampu memacu sesebuah negara ke
arah kemajuan, Yayasan Amanah Belia atau dikenali sebagai MyHarapan ditubuhkan
pada Ogos 2010 sebagai platform bagi golongan belia untuk berasa selesa
berdikari serta memohon bantuan dalam menjalankan perniagaan mereka.
Penubuhan MyHarapan selari dengan matlamat untuk membantu orang
muda di Malaysia dengan menyokong projek-projek belia dan inisiatif yang
menyumbang kepada usaha pembangunan negara yang sedang dilaksanakan.
Ketua Pegawai Eksekutif MyHarapan Nurfarini Daing ketika ditemui di
Kuala Lumpur baru-baru ini berkata, MyHarapan adalah salah satu alternatif
kepada agensi kerajaan seperti Kementerian Belia dan Sukan atau persatuan belia
sedia ada. “Kami mahu memberi peluang kepada belia untuk memacu inisiatif
mereka sendiri menuju ke arah pembangunan negara dan kerana itulah MyHarapan
ditubuhkan supaya dapat membantu golongan tersebut.
“Di MyHarapan, kami akan sediakan pilihan dan peluang untuk menjadikan
belia hari ini lebih baik, tidak kira bidang apa yang mereka ceburi,” katanya. Menurutnya,
MyHarapan menyediakan pelbagai platform dan peluang yang membantu belia untuk
memulakan, mengekalkan, berkembang dan menggandakan impak dalam usaha yang mereka
jalankan.
Beri tumpuan kepada usahawan sosia. Nurfarini berkata,
fokus utama MyHarapan adalah kepada penubuhan keusahawanan dan
memberi fokus yang lebih kepada usahawan sosial.“Kami rasa nilai yang diperoleh
daripada perniagaan sosial penting untuk pembangunan belia yang pada akhirnya
akan menjadi warganegara yang menyumbang kepada pembangunan negara, tidak kira
kecil atau besar sumbangan tersebut.“Kami benar-benar serius untuk mendapatkan
belia yang berminat dalam inisiatif sosial untuk bergerak ke satu peringkat ke
atas dan membuka perniagaan sosial,” katanya.
Konsep keusahawanan sosial yang dipopularkan pengasas Grameen Bank
di Bangladesh yang juga penerima Hadiah Nobel Keamanan Profesor
Muhammad Yunus adalah penciptaan idea dan produk untuk menyelesaikan masalah
sosial. Sedia dana keusahawanan sosial. Jika usahawan biasa selalunya mengukur prestasi
mereka menggunakan keuntungan dan perolehan perniagaan, usahawan sosial pula
mengambil kira impak positif yang dihasilkan produk atau perkhidmatan mereka
kepada masyarakat.
“SVF terbahagi kepada dua kategori iaitu SVF 20 untuk perniagaan baru dengan
pembiayaan maksimum sebanyak RM50,000 dan SVF 50 bagi syarikat yang telah
beroperasi selama dua tahun dengan pembiayaan maksimum RM250,000. “Kami turut sediakan sesi latihan dengan pakar perniagaan sosial dan pelabur
sebagai bonus tambahan melalui SVF,” katanya. Sementara itu, Nurfarini gembira
dengan penubuhan pusat inkubator oleh Pusat Inovasi dan Kreativiti Global
Malaysia (MaGIC) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,
Oktober lalu.
Sementara itu, Pengurus Perhubungan dan Pemasaran Bersepadu
MyHarapan Doreen Loo berkata, selain menyediakan latihan dan bimbingan serta
memberi kemahiran yang betul untuk memulakan perniagaan sosial, MyHarapan juga
turut menyediakan dana berbentuk geran. “Dana berbentuk geran yang disediakan
adalah Geran Tindakan Belia (YAG), di mana ia adalah untuk individu ataupun
bagi peringkat projek sahaja dan tidak memerlukan syarikat berdaftar.
“YAG juga adalah geran bersyarat untuk menyokong pertubuhan belia
dalam projek-projek terpilih berdasarkan kesan ekonomi dan sosial dengan dua
kategori iaitu Pembiayaan Mikro dan Pembiayaan Nano. “Geran ini bernilai antara
RM500 dan RM15,000, bergantung kepada skala projek, kebolehlaksanaan, kemudahan
untuk idea itu diulangi pada masa depan dan kemapanan idea tersebut,” katanya. Beliau
berkata, MyHarapan turut menyediakan dana berbentuk geran bersyarat untuk
perniagaan sosial yang dikenali sebagai Social Venture Fund (SVF).
“Inkubator oleh MaGIC adalah inisiatif baik kerana ia menggalakkan usahawan
muda dengan memberi sokongan, panduan dan kemahiran kepada mereka,” katanya. MaGIC
adalah pusat sehenti yang ditubuhkan kerajaan untuk meningkatkan daya usahawan
dengan memantau prestasi mereka, dan pusat itu juga dilengkapi pangkalan data
bersepadu. MaGIC juga menyediakan pusat inkubator, pendaftaran dan paten harta
intelek, prasarana pembiayaan, padanan perniagaan, bimbingan dan kaunseling
serta latihan kepada usahawan.
No comments:
Post a Comment