NAMA : Datuk Maznah Hamid
UMUR : 47 tahun
ASAL : Ayer Hitam, Jerlun, Kedah
JAWATAN : Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce
SUAMI : Datuk Shaheen Mirza.
Beliau menubuhkan Securiforce
kira-kira 27 tahun yang lalu dan menjadi pembekal Keselamatan terbesar di
Malaysia.Beliau memulakan perniagaan bermodalkan hanya RM5000 dari simpanan
beliau. Beliau kini mengetuai hampir 50 cawangan dengan pekerja yang mencapai
hampir 5000, beratus-ratus senjata api dan beberapa kenderaan
perisai.Perkhidmatan bukan sahaja terhad kepada pengawal statik tetapi juga
menjangkau kepada logistik, tunai dalam transit, pengurusan tunai, pengurusan
kargo berteknologi tinggi, perkhidmatan trak perisai, sebagai serta pelbagai
perkhidmatan lain.
Securiforce kini telah maju dan
mempunyai banyak anak syarikat.Satu contoh ialah Danau Lumayan, Syarikat
Pembangunan Hartanah yang terletak di Bandar Tun Razak, Cheras. Securiforce,
dalam usaha berterusan untuk menjadi keselamatan bersepadu sepenuhnya dan
memenuhi keperluan pelanggan. Beliau
juga menubuhkan Securiforce Logistics di cawangan Singapura, Bangkok, China,
Korea, Turki dan Jerman. Bahagian yang paling luar biasa dan menarik dalam
cerita kejayaan Datuk Maznah bahawa semua syarikat telah ditubuhkan dan secara
beransur-ansur berkembang tanpa bantuan mana-mana daripada institusi
perbankan.Falsafah kejayaan dan pencapaian beliau dapat dilihat dengan
kepercayaan bahawa "the main capital in business is yourself ".
Beliau membawa prinsip "we should produce a workload more than what we are
paid for, as in the end, we will be rewarded much more than what we have
done". Prinsip ini telah membawa kepada kejayaan utama dalam kerjaya
perniagaan beliau.
BIODATA
NAMA : Tan Sri Dato’ Sri Dr. Tony Fernandes
UMUR : 47 tahun
ASAL : Kuala Lumpur, Malaysia
JAWATAN : Ketua Pegawai
Eksekutif / Pengarah AirAsia Berhad dan Pengasas Tune Group Sdn Bhd
/ Pengerusi Q.P.R. Holdings Ltd
PENDIDIKAN : Epsom College (1977-83), London School of Economics (1987)
Syarikat ini ditubuhkan oleh
DRB-Hicom, sebuah konglomerat kerajaan Malaysia. Disebabkan tanggungan hutang
yang terlalu tinggi, ia dijual kepada Tune Air yang dipengerusikan oleh Tony
Fernandes dengan harga RM 1 sahaja. Penyusunan semula organisasi AirAsia dengan
imej dan konsep tambang murah telah membawa kepada perubahan yang besar dan
memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang pendek. AirAsia juga berjaya
merevolusikan industri penerbangan serantau.AirAsia ialah syarikat penerbangan
tambang murah pertama di Asia.
Pada tahun 2003, AirAsia
menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru sebagai hab mereka
kedua kerana kedudukannya yang dekat dengan Singapura dan melancarkan
penerbangan ke Thailand. Kemudiannya, Thai AirAsia ditubuhkan bagi operasi
penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Don Muang Bangkok, Thailand. Di
Indonesia, AirAsia membeli Awair untuk sektor Indonesia, dan sekarang dikenali
sebagai Indonesia AirAsia. Pada 22 Julai 2005 AirAsia mengumumkan pakatan penajaan
dengan kelab bola sepak Manchester United yang menyaksikan iklan AirAsia muncul
di Stadium Old Trafford Stadium di kota Manchester yang membolehkan pendedahan
jenamanya kepada berjuta-juta penonton televisyen di seluruh dunia.Terminal penerbangan tambang
rendah (LCCT) yang dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 23
Mac 2006, dijadikan pusat operasi baru bagi AirAsia. AirAsia dijangka membawa 9
juta penumpang pada tahun 2006. Pada 27 Mac 2006, kerajaan Malaysia mengumumkan
bahawa AirAsia mengambil alih 96 laluan domestik sampingan untuk disertakan
dengan 19 laluan domestik utamanya sebagai sebahagian program rasionalisasi
laluan Malaysia Airlines yang menyaksikan sebahagian besar penerbangan
domestiknya dialihkan kepada AirAsia sejak 1 Ogos 2006.

BIODATA
Tan Sri Syed Mokhtar
al-Bukhary
Umur - 53 tahun
Pendidikan - SPM
Mula berniaga - 19 tahun (jual
beli lembu dan kerbau)
Kekayaan -RM1,425 juta
Ke 7 terkaya di Malaysia
Ke 32 terkaya di Asia Tenggara
(Forbes)
TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary
adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal. Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami
kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke
seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati
begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan
bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang
penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan. Sebenarnya,
Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang
tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan
menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar
Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan
keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan. Daripada
perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan.
Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A.
Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang
digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Sebenarnya, seorang
peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya.
Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA.
Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan
yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai
pengurus syarikatnya itu. Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi
memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke
hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.
Menubuhkan
syarikat
Pada tahun
1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok
Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan
Bandar. Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan
memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali
sebagai Bernas. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia
berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama,
Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan
Ekonomi Negeri Johor.
Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama
dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee
adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. Dalam syarikat
usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala
Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Perniagaan
usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15
Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.
Perniagaan
terus berkembang
Daripada
beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain,
iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd.
Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta. Setahun selepas
Bukhary Sdn. Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn.
Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak
kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera.
Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan
Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya
membuahkan hasil lagi. Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan
beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan.
Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan. Apabila
beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas
Sdn. Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di
antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk
Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan
di bawah jenama Fernleaf dan Anchor. Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed
Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan
ekonomi.
Strategi tersendiri
Pada
tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan
Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem
barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem
barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya,
menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.
Perniagaan
pakaian
Selepas
mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan,
pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan.
Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi
pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera
dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya
mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau
membeli secara terus daripada pengilang. Selepas membeli daripada pengilang,
beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek
Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi
mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha
sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai. Apabila Amtek
Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998,
beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark
Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile.
Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan
pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran
eksport.
Perniagaan
perkapalan
Tidak
cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan
perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak
Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi
CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal
buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta. Kapal yang diberi
nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan
Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan
beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak
USD400,000 (USD1 juta – USD600,000). Pada masa yang sama, beliau mula
membabitkan diri dalam sektor pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa
bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah
syarikat Bukhary Development.
Penglibatan
dalam projek penswastaan
Beliau
terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara Oil
Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta.
Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui
Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Kini,
Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua
buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan
Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke
Pelabuhan Tanjung Pelepas. Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air
yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn. Bhd., iaitu syarikat usaha sama di
antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis,
Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.
logo syarikat
Ramly Mokni (Ramly Burger)
Ramly Mokni merupakan seorang tokoh
usahawan Melayu yang telah mengecapi dan mencapai kejayaan dalam bidang
keusahawanan dengan begitu cemerlang dan patut diteladani oleh
usahawan-usahawan bumiputera yang lain. Kejayaannya bukanlah dapat dinikmati
dalam sekelip mata, tetapi terpaksa mengharungi dengan pelbagai cabaran dan halangan.
Dengan berbekalkan keyakinan diri dan ketabahan serta kecekalan hatinya, beliau
telah dapat mengembangkan perniagaannya dari gerai menjual burger sehingga
membuka kilang untuk mengeluarkan daging burger dari 300 keping sehari kepada
30 tan daging sehari selepas 20 tahun dengan jualan tahunan kini mencatat RM42
juta.
Daripada pemerhatian beliau semasa
bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di ibu kota pada awal
1970an di mana kebanyakan makanan sejuk beku yang tidak pasti halal haramnya, telah
mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang
ditanggung halal untuk dimakan oleh umat Islam di negara ini. Sifat beliau ini
jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang bijak merebut peluang dan berdaya
kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh. Selain itu, beliau tidak pernah
putus asa walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak
bank yang telah menolak permohonan pinjamannya. Namun, dengan simpanan sendiri
dan juga bantuan pinjaman yang diberikan oleh Bank Pembangunan dan Malaysia
Berhad telah membolehkannya mengorak langkah untuk memajukan perniagaannya.
Sekaligus telah membuktikan peranan agensi kerajaan adalah amat penting.
Beliau juga mengakui bahawa sokongan
keluarga adalah amat penting untuk mendorongnya terutamanya isterinya yang
sentiasa memberikan dorongan kepadanya dan beliau telah mengatakan bahawa
kejayaannya adalah hasil sokongan kuat keluarga. Di samping itu, beliau
sentiasa memegang kepada prinsip kejujuran, menitikberatkan mutu barangan yang
dihasilkan, keutamaan dan pandangan pelanggan terhadap barangan keluaran
syarikatnya tidak pernah diambil ringan. Sebarang rungutan dan ketidakpuasan
hati oleh pelanggan, beliau pasti akan memperbaiki mutu produknya dengan
berjumpa dengan pelanggan tertentu dengan kadar segera untuk mengetahui
masalahnya. Ini dapat jelas menggambarkan corak pengurusan beliau yang sangat
cekap dan efisyen dalam menangani sebarang masalah yang timbul. Hasil kegigihan
beliau, beliau telah dianugerahkan beberapa kali Anugerah Usahawan Terbaik .
SEJARAH PERNIAGAAN RAMLY
Burger Ramly merupakan produk bumiputera milik Ramly bin Mokni yang
telah menjadi salah satu makanan segera yang popular di Malaysia. Burger Ramly
lebih mudah didapati gerai makanan ditepi jalan dan restoran. Kemudiannya,
Burger Ramly telah menular ke Singapura dan menjadi makanan segera yang popular
dikalangan penduduk Singapura.
Ramly Food Processsing adalah industri
bumiputera yang terkenal dalam industri pembuatan produk makanan berasaskan
daging lembu, ayam dan hasilan laut berjenama ramly, Burger, nuget, frankfurter
dan drummet adalah diantara produk yang paling diminati. Diasaskan pada tahun
1984 oleh Tuan Haji Ramly b. Mokni dan Puan Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap
dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih
dan bermutu.
Kini syarikat ini telah mempunyai 2 buah kilang pemerosesan di Kawasan
Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras dan di Taman Perindustrian IKS, Mukim
Batu, Kuala Lumpur dengan menawarkan peluang pekerjaan dari pengurusan,
pengeluaran hinggalah ke pemasaran produk. Produk berjenama ramly kini begitu
unggul di pasaran Malaysia dan bakal ke taraf antarabangsa.
Lebih dari 120 orang
pemborong berdaftar sebagai anak syarikat bagi mengedarkan produk-produk RAMLY.
Kesemua pemborong berdaftar ini dibawah pemasaran Ramly Mokni Sendirian Berhad.
Syarikat pemasaran ini beribupejabat di Desa Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur.
Penubuhan syarikat ini bertujuan dalam menawarkan khidmat jualan kepada
pelanggan. Bagi memastikan pengedaran dan penghantaran produk dijamin kualiti
dan kesegarannya, kenderaan kontena sejukbeku digunakan.
Sebuah anak syarikat
Ramly yang berobjektif dalam memastikan produknya mudah didapati dipasaran
telah ditubuh di Lorong Raja Bot (Off Jalan Raja Alang) di Kuala Lumpur. Anak
syarikat ini dikenali sebagai Ramly Supermarket Sendirian Berhad, dan ia
beroperasi 24jam. Pembukaan anak syarikat ini bagi memastikan khidmat borong
dan runcit boleh dilaksanakan diantara RAMLY dengan penjaja dan orang awam.
Kualiti
Penubuhan Makmal Mikrobiologi yang dijalankan
oleh Ramly, bagi mengawal kualiti produk. Tujuan penubuhan makmal ini adalah
memasitkan produknya adalah suci (dari pemilihan bahan mentah hingga produk
siap) dan selamat untuk dimakan. Selain itu, makmal ini berfungi sebagai satu
tempat penyelidikan dan pembangunan produk. Makmal Mikrobiologi Ramly lengkap
dengan peralatan teknologi tinggi.
Produksi
Satu kajian penyelidikan dan pembangunan produk
dijalankan oleh Ramly, bagi tujuan kesegaran, kelazatan dan kualiti produknya.
Cara pembungkusan yang menarik juga dikaji dalam memastikan produk kelihatan
menarik dan boleh dinikmati. Pengimplementasi kepakaran teknologi oleh Ramly,
adalah memastikan pengeluran daging dan hasil laut dapat memenuhi citarasa
pengguna dan pengemar Ramly. Kepakaran teknologi yang digunakan juga memastikan
produktiviti produk.
Penyediaan
Untuk memasak burger Ramly, tidak begitu sukar,
cuma yang diperlukan ialah kuali atau plet leper, penekan daging burger, dapur,
gas masakan, ban burger dan daging burger. Untuk rencah atau isi-isinya pula
ialah timun dan kobis. Untuk bahan perisanya, biasa digunakan ialah sos
Worcester (wu-ches-ter) atau juga dikenali sebagai kicap burger dikalangan
orang Malaysia. Sebagai sos tambahan pula ialah mayonis, sos tomato, sos cili ataupun sos
barbeku.