Pages

Thursday, October 9, 2014

Artikel Memupuk Budaya Keusahawanan



Definisi Budaya Keusahawanan:-

Budaya adalah corak perilaku harian yang diamalkan oleh individu ataupun kumpulan individu di dalam menguruskan hal-hal kehidupan mereka. Budaya yang murni selalunya mempengaruhi corak perilaku individu ke arah yang dikehendaki dan diterima oleh kumpulan masyarakat setempat.  Keusahawanan merangkumi sikap, pengetahuan dan kemahiran yang cenderung ke arah aktiviti perniagaan. Maka budaya keusahawanan bolehlah didefinisikan sebagai corak perilaku individu dan kumpulan individu dalam sebuah masyarakat, yang cenderung ke arah melakukan kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan perniagaan. Aspek Pembudayaan Keusahawanan Pembudayaan keusahawanan adalah merupakan proses pembangunan sikap dan personaliti usahawan agar cintakan kejayaan dan kecemerlangan dalam setiap usaha yang dilakukan. Melalui proses pembudayaan ini membolehkan usahawan bertindak selaras dengan tuntutan moral, etika dan akhlak agar kesan daripada aktiviti yang dilakukan akan mendatangkan kesejahteraan kepada diri sendiri dan masyarakat pada masa kini atau akan datang.

Diantara perkara-perkara yang perlu diberikan penumpuan dalam membangunkan budaya keusahawanan adalah:-
  • ·         Mengawal halatuju masing-masing

Setiap perniagaan yang diceburi oleh usahawan akan sentiasa mengalami ketidakstabilan, perubahan dan terdedah kepada ancaman dalaman atau luaran. Keadaan ini memerlukan usahawan menyelia, melaksana dan mengawal halatuju perniagaan yang diceburi agar terus berkembang .Halatuju perniagaan yang jelas akan membolehkan usahawan menyusun strategi untuk terus memajukan perniagaan. Usahawan perlu mempunyai pemikiran yang mampu memfokuskan kepada masa depan dengan merancang strategi-strategi yang paling sesuai bagi memajukan perniagaannya.

  • ·         memaksimumkan potensi diri.

Usahawan tidak boleh berpuashati dengan apa yang dicapai setakat hari ini sahaja. Mereka perlu meneruskan dan memaksimumkan usaha, kemahiran dan kemampuan diri bagi menjamin kelangsungan perniagaan yang diceburi. Mereka perlu sentiasa membuat analisis pemasaran produk, kekuatan pesaing dan melihat permasalahan, peluang seta sebarang perubahan secara holistik. Selain itu mereka mesti sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan sebarang risiko dan juga ketidakpastian serta tahu tentang strategi dan taktik untuk menangani nya dan menjadikan sesuatu risiko dan ancaman itu sebagai satu peluang yang boleh menguntungkan.
  • ·         Mendapat keuntungan

Walaupun keuntungan tidaklah semestinya menjadi objektif utama perniagaan tetapiia tetap menjadi kayu pengukur kejayaan seseorang usahawan. Keuntungan yang dicapai melambangkan kejayaan sesebuah syarikat kerana dengan keuntungan yang diperolehi membolehkan sesebuah syarikat itu mengembangkan lagi perniagaannya, mengaplikasikan teknologi terkini dalam pengeluaran dan operasi perniagaan dan membolehkannya membuat promosi yang lebih agresif lagi. Keuntungan juga boleh meningkatkan keyakinan pekerja terhadap syarikat kerana mereka tahu sebahagian daripada keuntungan yang diperolehi akan dipulangkan kepada mereka sama ada dalam bentuk dividen, bonus atau kenaikan gaji tahunan. Ia juga boleh meningkatkan keyakinan pembekal dan kreditor bahawa syarikat mampu membayar pinjaman dan kredit yang diberikan kepada mereka. Keuntungan yang diperolehi akan meningkatkan keyakinan masyarakat dan pelabur terhadap syarikat kerana mereka yakin syarikat bersedia untuk memenuhi tanggungjawab sosial dan memberi pulangan yang menguntungkan ke atas pelaburan yang dilakukan.
  • ·         Berorientasikan perancangan

Perancangan merupakan satu aspek yang penting bagi seseorang usahawan dalam menyusun strategi perniagaan agar mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Usahawan mestilah sentiasa memfokuskan kepada masa hadapan dan sensitif terhadap sebarang perubahan yang berlaku. Usahawan tidak sepatutnya gelojoh atau mengambil masa yang lama untuk merebut peluang. Usahawan bukanlah seorang yang pakar dalam semua aspek maka mereka perlu melibatkan pihak yang mempunyai kepakaran dalam membuat keputusan yang diluar kemahiran yang dimiliki. Langkah berhati-hati membantu usahawan merancang masa depan dan perniagaannya dengan baik dan sistematik. Perancangan yang dibuat mestilah tidak terlalu panjang kerana ketidakpastian saiz pasaran yang mungkin berubah mengikut peredaran masa.
  • ·         Menggunakan masa secara strategik

Pengurusan masa adalah amat penting bagi menjamin kejayaan seseorang usahawan. Pengurusan masa mestilah dilakukan secara strategik iaitu dengan memastikan setiap masa disusuli dengan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan perkembangan syarikat.
  • ·         Inovatif

Komitmen terhadap inovasi perlu dipupuk dan dibaja dalam diri usahawan. Usahawan yang inovatif lagi kreatif akan memiliki kecenderungan untuk menggunakan imaginasi bagi mengesan serta merebut peluang, mengambil faedah daripada cabaran dan permasalahan yang dihadapi untuk memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Pembudayaan inovasi dalam penyelesaian masalah akan mengelakkan usahawan daripada bersikap pasif, defensif dan terlalu yakin dengan kejayaan semasa. Pembudayaan inovasi juga akan membolehkan syarikat terus mengembangkan saiz pasaran, memodifikasikan produk dan proaktif terhadap tuntutan semasa pelanggan.
  • ·         Meningkatkan kualiti kerja secara berterusan

Penghasilan produk dan perkhidmatan yang bermutu tinggi secara berterusan akan dapat menjamin kesetiaan, komitmen dan kepuasan pelanggan. 
Nilai kualiti yang tinggi akan memberikan pulangan yang menguntungkan melalui kesetiaan pelanggan. Oleh itu usahawan perlulah berusaha untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Teknologi merupakan satu mekanisme yang dapat membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran sesuatu produk. Oleh itu para usahawan juga perlu prihatin terhadap penggunaan teknologi kerana ia menyumbang ke arah pembuatan dan teknik rekabentuk yang lebih cekap dan tingkat daya pengeluaran yang lebih tinggi.
  • ·         Kesediaan untuk merebut peluang

Peluang-peluang perniagaan perlu dicari, dikenalpasti dan dieksploitasi sendiri oleh usahawan. Oleh itu seseorang usahawan itu perlulah perlulah memaksimumkan kekuatan daya berfikir dengan mencari jalan penyelesaian sebarang masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan mengeksploitasikannya dengan menjadikan masalah-masalah tersebut sebagai peluang perniagaan. Justeru itu usahawan perlulah meningkatkan pengetahuan dengan mengambil manfaat daripada pergaulan hariannya, memberikan perhatian terhadap pendapat-pendapat pekerja, pelanggan atau pesaing, meningkatkan pembacaan dan mengenalpasti kemahiran, kebolehan dan potensi yang ada pada


Artikel Budaya Keusahawanan

Usaha melahirkan usahawan yang berjaya bukanlah suatu tugas yang mudah. Ia perlukan komitmen, dedikasi, ketegasan, dan amalan yang berterusan ke arah mempraktikkan roh keusahawanan dalam setiap urusan harian. Hal ini dikatakan sebagai pembudayaan keusahawanan. Budaya keusahawanan individu boleh diasuh dan dididik sehingga ia melekat seperti “aur dengan tebing”. (Kamarulzaman Ismail, Amaludin Ab. Rahman, 2009). Maka pembudayaan keusahawanan perlu dipupuk dan dimantapkan dalam jiwa belia supaya generasi ini akan dapat menggerakkan usaha ke arah mencapai taraf negara maju menjelang 2020.
Bidang keusahawanan merupakan satu bidang yang dapat menjana pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Masalah yang ingin dikaji ialah pemantapan budaya keusahawanan di kalangan belia. Budaya keusahawanan adalah ekspresi sikap sosial yang positif terhadap perniagaan dan perlu disemai untuk memperkuat proses pembangunan insan dalam sektor perniagaan dan perusahaan.


Strategi Memantapkan Budaya Keusahawanan Di Masyarakat


Ø  Memberi pendedahan awal ilmu keusahawanan dan perniagaan kepada masyarakat bermula pada alam persekolahan

Ø  Menganjurkan program-program keusahawanan siswa untuk dimanfaat oleh siswa

Ø  Menyediakan bantuan kewangan dan kemudahan asas kepada usahawan terutamanya usahawan belia

Ø  Menyediakan kemudahan pinjaman jangka panjang dan jangka pendek kepada usahawan belia yang berkelayakan

Ø  Menggalakkan belia menghadiri kursus pengurusan kewangan dan perniagaan 

Ø  Menggalakkan interaksi antara kaum terutamanya usahawan belia tentang kemahiran menguruskan perniagaan

Ø  Menggiatkan kempen kesedaran tentang isu-isu keusahawanan dan pembangunan keusahawanan

Ø  Memperbanyakkan program pembangunan keusahawanan

Ø  Meningkatkan penawaran kursus-kursus keusahawanan
Ø  Meningkatkan jaringan dan kerjasama dengan badan yang berkepentingan yang boleh menyokong minat belia menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan


Secara keseluruhannya, bidang keusahawanan merupakan bidang yang sangat penting dalam memastikan pembangunan sesebuah negara. Sejarah telah membuktikan bahawa negara yang mempunyai ramai usahawan adalah lebih maju ke hadapan dalam perkembangan ekonominya. Maju dan mundur ekonomi sesebuah negara adalah bergantung usahawan yang dinamis dan berpandangan jauh. Maka kerajaan telah mengambil inisiatif menubuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan pada tahun 1995 sebagai badan yang menguruskan pembangunan usahawan. Pembudayaan keusahawanan adalah merupakan aspek penting dalam pembangunan usahawan.
Budaya keusahawanan ialah sifat-sifat positif yang dimiliki oleh seseorang individu seperti tabah, cekal dan sentiasa bersemangat. Sifat-sifat keusahawanan juga boleh menjadi modal dan aset untuk berniaga dan boleh meyakinkan orang lain. Budaya keusahawanan perlu dipupuk bermula daripada peringkat sekolah melalui program-program keusahawanan yang dijalankan oleh pelajar dan dibimbing oleh guru-guru yang berpengalaman. Budaya ini juga perlu dipupuk pada peringkat IPT dengan menawarkan kursus, program, seminar, atau aktiviti kepada mahasiswa supaya dapat memupuk minat dan mendorong mereka untuk menceburi bidang keusahawanan. Pembudayaan ini penting dan perlu disemai di kalangan belia terutamanya golongan Bumiputera supaya mereka tidak boleh mengharapkan bekerja di sektor kerajaan dan bantuan kerajaan semata-mata. Mereka perlulah lebih berdikari untuk menceburi bidang lain seperti bidang perniagaan ataupun keusahawanan.
Pembudayaan keusahawanan akan melahirkan usahawan yang kreatif dalam mencari jalan penyelesaian terhadap sebarang permasalahan yang dihadapi. Oleh itu, usahawan perlu sensitif dan sedia bertanggungjawab terhadap kesan yang akan diterima oleh masyarakat akibat daripada kegiatan keusahawanan yang dijalankan. Di samping itu, melalui pembudayaan keusahawanan akan membolehkan usahawan mengemblengkan serta memanfaatkan potensi, reputasi dan sumber-sumber yang ada untuk manfaat diri sendiri, perniagaan, pelanggan dan juga masyarakat keseluruhannya.




Thursday, September 25, 2014

Pembangunan Keusahawanan di Malaysia


Keusahawanan di Malaysia bermula seawal zaman Kesultanan Melaka apabila penduduk tempatan berurusniaga dengan pedagang asing. Apabila British memerintah Tanah Melayu, mereka telah menukarkan struktur sosial dengan menjalankan pemerintahan “Pecah dan Perintah”. Dengan cara ini, kaum Melayu bekerja sebagai pentadbir dan disektor pertanian, kaum Cina berkerja dilombong dan berniaga, manakala kaum India bekerja disektor perladangan. Hasilnya, kaum Cina lebih kedepan dalam soal perniagaan berbanding dengan kaum Melayu dan kaum India.

Selepas kemerdekaan, kerajaan Malaysia menyedari betapa pentingnya keusahawan kepada individu, masyarakat dan negara, dan bagaimana ia boleh menyumbang kepada keamanan negara. Semenjak dari itu, kerajaan telah mengfokuskan kepada keusahawanan sehinggalah sekarang. Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Dasar Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020, semua pihak mengalakkan dan memberi sokongan terhadap pembangunan keusahawanan di Malaysia.


Kerajaan memberikan galakan pembangunan keusahawanan dan memberikan pengiktirafan kepada keusahawanan kerana mereka boleh menyumbang kepada pembangunan negara. Tahun 1995,  kerajaan menubuhkan Kementerian Pembangunan Keusahawanan sebagai badan yang mengawal dan mempromosi pembangunan keusahawanan di Malaysia. Kini, kementerian tersebut telah ditukar kepada Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi.

Motivasi Menceburi Bidang Keusahawanan


1. Status
2. keselesaan peribadi/ kebebasan
3. kepuasan diri
4. mengenal orang lain
5. keperluan akan pencapaian
6. kuasa
7. berbagi idea/ perkongsian

Wednesday, September 24, 2014

Aktiviti Keusahawanan di Malaysia

FOKUS USAHAWAN MUDA


IKA sebelum ini bantuan kewangan untuk memulakan perniagaan kebanyakannya disediakan agensi kerajaan sahaja, kini usahawan muda mempunyai pilihan untuk mendapatkan dana daripada badan bukan kerajaan (NGO) yang mula diwujudkan dan dikendalikan oleh belia sendiri bagi tujuan itu. Menyedari usahawan muda adalah harapan masa depan yang mampu memacu sesebuah negara ke arah kemajuan, Yayasan Amanah Belia atau dikenali sebagai MyHarapan ditubuhkan pada Ogos 2010 sebagai platform bagi golongan belia untuk berasa selesa berdikari serta memohon bantuan dalam menjalankan perniagaan mereka.

Penubuhan MyHarapan selari dengan matlamat untuk membantu orang muda di Malaysia dengan menyokong projek-projek belia dan inisiatif yang menyumbang kepada usaha pembangunan negara yang sedang dilaksanakan.

Ketua Pegawai Eksekutif MyHarapan Nurfarini Daing ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini berkata, MyHarapan adalah salah satu alternatif kepada agensi kerajaan seperti Kementerian Belia dan Sukan atau persatuan belia sedia ada. “Kami mahu memberi peluang kepada belia untuk memacu inisiatif mereka sendiri menuju ke arah pembangunan negara dan kerana itulah MyHarapan ditubuhkan supaya dapat membantu golongan tersebut.

“Di MyHarapan, kami akan sediakan pilihan dan peluang untuk menjadikan belia hari ini lebih baik, tidak kira bidang apa yang mereka ceburi,” katanya. Menurutnya, MyHarapan menyediakan pelbagai platform dan peluang yang membantu belia untuk memulakan, mengekalkan, berkembang dan menggandakan impak dalam usaha yang mereka jalankan.
Beri tumpuan kepada usahawan sosia. Nurfarini berkata, fokus  utama MyHarapan adalah kepada penubuhan keusahawanan dan memberi fokus yang lebih kepada usahawan sosial.“Kami rasa nilai yang diperoleh daripada perniagaan sosial penting untuk pembangunan belia yang pada akhirnya akan menjadi warganegara yang menyumbang kepada pembangunan negara, tidak kira kecil atau besar sumbangan tersebut.“Kami benar-benar serius untuk mendapatkan belia yang berminat dalam inisiatif sosial untuk bergerak ke satu peringkat ke atas dan membuka perniagaan sosial,” katanya.

Konsep keusahawanan sosial yang dipopularkan pengasas Grameen Bank di Bangladesh yang juga  penerima Hadiah Nobel Keamanan Profesor Muhammad Yunus adalah penciptaan idea dan produk untuk menyelesaikan masalah sosial. Sedia dana keusahawanan sosial. Jika usahawan biasa selalunya mengukur prestasi mereka menggunakan keuntungan dan perolehan perniagaan, usahawan sosial pula mengambil kira impak positif yang dihasilkan produk atau perkhidmatan mereka kepada masyarakat.

“SVF terbahagi kepada dua kategori iaitu SVF 20 untuk perniagaan baru dengan pembiayaan maksimum sebanyak RM50,000 dan SVF 50 bagi syarikat yang telah beroperasi selama dua tahun dengan pembiayaan maksimum RM250,000. “Kami turut sediakan sesi latihan dengan pakar perniagaan sosial dan pelabur sebagai bonus tambahan melalui SVF,” katanya. Sementara itu, Nurfarini gembira dengan penubuhan pusat inkubator oleh Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Oktober lalu.

Sementara itu, Pengurus Perhubungan dan Pemasaran Bersepadu MyHarapan Doreen Loo berkata, selain menyediakan latihan dan bimbingan serta memberi kemahiran yang betul untuk memulakan perniagaan sosial, MyHarapan juga turut menyediakan dana berbentuk geran. “Dana berbentuk geran yang disediakan adalah Geran Tindakan Belia (YAG), di mana ia adalah untuk individu ataupun bagi peringkat projek sahaja dan tidak memerlukan syarikat berdaftar.

“YAG juga adalah geran bersyarat untuk menyokong pertubuhan belia dalam projek-projek terpilih berdasarkan kesan ekonomi dan sosial dengan dua kategori iaitu Pembiayaan Mikro dan Pembiayaan Nano. “Geran ini bernilai antara RM500 dan RM15,000, bergantung kepada skala projek, kebolehlaksanaan, kemudahan untuk idea itu diulangi pada masa depan dan kemapanan idea tersebut,” katanya. Beliau berkata, MyHarapan turut menyediakan dana berbentuk geran bersyarat untuk perniagaan sosial yang dikenali sebagai Social Venture Fund (SVF).

“Inkubator oleh MaGIC adalah inisiatif baik kerana ia menggalakkan usahawan muda dengan memberi sokongan, panduan dan kemahiran kepada mereka,” katanya. MaGIC adalah pusat sehenti yang ditubuhkan kerajaan untuk meningkatkan daya usahawan dengan memantau prestasi mereka, dan pusat itu juga dilengkapi pangkalan data bersepadu. MaGIC juga menyediakan pusat inkubator, pendaftaran dan paten harta intelek, prasarana pembiayaan, padanan perniagaan, bimbingan dan kaunseling serta latihan kepada usahawan.

Tuesday, September 23, 2014

Keusahawanan Sosial


Idea keusahawanan sosial telah menuntut sikap akauntabiliti dalam kalangan usahawan. Fasa keusahawanan sosial merupakan satu pendekatan yang amat bersesuaian dengan keperluan perniagaan dunia masa kini yang berdasarkan aspek 3Ps iaitu People, Planet & Profit (keharmonian antara insan, alam sekitar dan keuntungan). Keusahawanan sosial menuntut penggabungan antara misi sosial yang mempamerkan perniagaan yang berdisiplin, inovasi dan penemuan keputusan yang baru dalam perniagaan. Pendekatan keusahawanan sosial amat bertepatan dengan keperluan masa kini dalam menangani masalah sosial. Hal ini ekoran daripada beberapa institusi sektor sosial masa kini yang cenderung kepada pengurusan yang tidak cekap, tidak berkesan dan tidak bertanggungjawab.

Ramai yang beranggapan bahawa keusahawanan sosial merupakan sesuatu yang baru namun pada hakikatnya fenomena keusahawanan sosial telah bermula sejak beberapa dekad dahulu lagi. Dalam menguruskan perniagaan kadangkala kita bertindak sebagai seorang yang menjalankan aktiviti keusahawanan sosial, biarpun kita tidak mengatakan sedemikian. Menurut Dees (2001), keusahawanan sosial menggabungkan semangat misi sosial dengan imej perniagaan seperti disiplin, inovasi dan penentuan.

Dalam erti kata lain, keusahawanan sosial menggunakan pendekatan keusahawanan untuk membongkar masalah sosial dan menanganinya dengan cara yang mendatangkan kemenangan kepada kedua-dua pihak.Terma-terma usahawan sosial dan keusahawanan sosial telah digunakan terlebih dahulu dalam kesusasteraan pada perubahan sosial dalam tahun 1960-an dan 1970-an. Istilah ini mula digunakan secara meluas dalam tahun 1980-an dan 1990-an yang dipromosikan oleh Rang Undang-undang Drayton: Pembaharuan untuk Masyarakat, dan lain-lain seperti Charles Leadbeater pada tahun 1950-an dan pada tahun 1990-an oleh Michael Young. Pada tahun 1980-an, Profesor Daniel Bell di Harvard yang dikenali sebagai usahawan yang paling berjaya di dunia sosial, telah mewujudkan lebih daripada enam puluh pertubuhan-pertubuhan baru di seluruh dunia termasuk siri Sekolah Untuk Usahawan Sosial di UK. Seorang lagi usahawan sosial British iaitu Sir Mawson OBE telahdiberi gelaran bangsawan pada tahun 2007 kerana kerja-kerjanya dalam penjanaan semula para perintis. Ini termasuk penciptaan Bromley yang terkenal dengan Pusat Bow di East London.


Beliau telah mencatatkan pengalaman ini dalam bukunya "Usahawan Sosial: Membuat Komuniti Kerja" dan pada masa ini juga beliau menjalankan perkongsian dengan Mawson untuk membantu menggalakkan pertumbuhan semula kerja tersebut.

Hakikatnya keusahawanan sosial sudah dikenali ratusan terdahulu dimana ia dimulakan oleh Florence Nightingale (pengasas sekolah jururawat pertama) dan Robert Owen (pengasas koperasi). Kemudian ia berkembang sejak tahun 1980-an yang giat dipromosikan oleh tokoh-tokoh seperti Rosabeth Moss Kanter, Bill Drayton dan Dr Muhammad Yunus, pengasas 

Usahawan Terkaya di Asia Tenggara



Orang Terkaya di Asia Tenggara

Asia Tenggara merupakan kawasan yang terletak Asia bahagian Tenggara yang meliputi beberapa negara di antaranya  Kamboja, Laos, Myanmar, Thailand, Vietnam, Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia, Singapura, dan Timor Leste.

1.    Dhanin Chearavanont (Thailand)
Orang kaya di Asia tenggara layak disematkan kepadanya berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh Forbes. Beliau menduduki tempat 58 untuk orang terkaya di dunia. Beliau memperoleh pendapatan dari syarikat yang bergerak di dalam bidang pertanian yang bernama Charoen Pokphand. Hingga artikel ini ditulis tercatat oleh forbes kekayaan yang dimiliki sebanyak 14.3 Billion dollar. Lelaki yang berusia 74 tahun ini sempat mengalami penurunan yang cukup drastik dari bulan Mac ke July kekayaannya berkurang hingga 1.7 Billion Dollar.

2.    Henry (Philippines)
Berada di kedudukan 2 dalam senarai ini, Henry dan keluarganya berada pada kedudukan 68 orang terkaya di dunia dengan wang sebanyak 13.2 Billion dollar. Beliau adalah seorang ahli perniagaan dan juga menjalankan perniagaan dalam industri perbankan yang merupakan bank terbesar di negaranya. Lelaki berusia 89 tahun ini memulakan kerjaya dari bawah dan tentu saja boleh menjadi inspirasi buat kita semua.

3.    Robert Kuok (Malaysia)
Dengan usia yang sudah tidak muda lagi iaitu (90 tahun) tetapi mempunyai  kekayaan sebanyak 12.5 Billion dollar. Perniagaannya bergerak di dalam bidang perniagaan dan juga agrobisnes. Beliau sempat menjadi orang terkaya di Asia tenggara pada tahun 2011.

4.    Ananda Krishnan (Malaysia)
Lelaki asal Malaysia ini membina kekayaannya dari syarikat  telekomunikasi. Saat ini beliau berusia 75 tahun, lelaki lulusan Master Perniagaan di Harvard dan juga Seni di Melbourne University ini hingga saat ini mempunyai kekayaan sebanyak 11.7 Billion dollar dan mengukuhkan nya berada di peringkat ke- 82 orang terkaya di dunia.

5.    Charoen Sirivadhanabhakdi (Thailand)
Lelaki berusia 69 tahun ini bergerak di dalam bidang pengeluaran minuman. Beliau menduduki tempat 82 orang terkaya di dunia. sehingga kini, jumlah wangnya mencecah sebanyak 11.7 Billion dollar. Angka yang sangat hebat serta banyak.