Usaha
melahirkan usahawan yang berjaya bukanlah suatu tugas yang mudah. Ia perlukan
komitmen, dedikasi, ketegasan, dan amalan yang berterusan ke arah mempraktikkan
roh keusahawanan dalam setiap urusan harian. Hal ini dikatakan sebagai
pembudayaan keusahawanan. Budaya keusahawanan individu boleh diasuh dan dididik
sehingga ia melekat seperti “aur dengan tebing”. (Kamarulzaman Ismail, Amaludin
Ab. Rahman, 2009). Maka pembudayaan keusahawanan perlu dipupuk dan dimantapkan
dalam jiwa belia supaya generasi ini akan dapat menggerakkan usaha ke arah
mencapai taraf negara maju menjelang 2020.
Bidang keusahawanan merupakan satu bidang yang dapat
menjana pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Masalah yang ingin dikaji ialah pemantapan budaya keusahawanan di kalangan
belia. Budaya keusahawanan adalah ekspresi sikap
sosial yang positif terhadap perniagaan dan perlu disemai untuk memperkuat
proses pembangunan insan dalam sektor perniagaan dan perusahaan.
Strategi Memantapkan Budaya
Keusahawanan Di Masyarakat
Ø Memberi pendedahan
awal ilmu keusahawanan dan perniagaan kepada masyarakat bermula pada alam
persekolahan
Ø Menganjurkan
program-program keusahawanan siswa untuk dimanfaat oleh siswa
Ø Menyediakan bantuan
kewangan dan kemudahan asas kepada usahawan terutamanya usahawan belia
Ø Menyediakan kemudahan
pinjaman jangka panjang dan jangka pendek kepada usahawan belia yang
berkelayakan
Ø Menggalakkan belia
menghadiri kursus pengurusan kewangan dan perniagaan
Ø Menggalakkan
interaksi antara kaum terutamanya usahawan belia tentang kemahiran menguruskan
perniagaan
Ø Menggiatkan kempen
kesedaran tentang isu-isu keusahawanan dan pembangunan keusahawanan
Ø Memperbanyakkan
program pembangunan keusahawanan
Ø Meningkatkan penawaran
kursus-kursus keusahawanan
Ø Meningkatkan jaringan
dan kerjasama dengan badan yang berkepentingan yang boleh menyokong minat belia
menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan
Secara keseluruhannya, bidang
keusahawanan merupakan bidang yang sangat penting dalam memastikan pembangunan
sesebuah negara. Sejarah telah membuktikan bahawa negara yang mempunyai ramai
usahawan adalah lebih maju ke hadapan dalam perkembangan ekonominya. Maju dan
mundur ekonomi sesebuah negara adalah bergantung usahawan yang dinamis dan
berpandangan jauh. Maka kerajaan telah mengambil inisiatif menubuhkan
Kementerian Pembangunan Usahawan pada tahun 1995 sebagai badan yang menguruskan
pembangunan usahawan. Pembudayaan keusahawanan adalah merupakan aspek penting
dalam pembangunan usahawan.
Budaya keusahawanan ialah
sifat-sifat positif yang dimiliki oleh seseorang individu seperti tabah, cekal
dan sentiasa bersemangat. Sifat-sifat keusahawanan juga boleh menjadi modal dan
aset untuk berniaga dan boleh meyakinkan orang lain. Budaya keusahawanan perlu
dipupuk bermula daripada peringkat sekolah melalui program-program keusahawanan
yang dijalankan oleh pelajar dan dibimbing oleh guru-guru yang berpengalaman.
Budaya ini juga perlu dipupuk pada peringkat IPT dengan menawarkan kursus,
program, seminar, atau aktiviti kepada mahasiswa supaya dapat memupuk minat dan
mendorong mereka untuk menceburi bidang keusahawanan. Pembudayaan ini penting
dan perlu disemai di kalangan belia terutamanya golongan Bumiputera supaya
mereka tidak boleh mengharapkan bekerja di sektor kerajaan dan bantuan kerajaan
semata-mata. Mereka perlulah lebih berdikari untuk menceburi bidang lain
seperti bidang perniagaan ataupun keusahawanan.
Pembudayaan keusahawanan akan
melahirkan usahawan yang kreatif dalam mencari jalan penyelesaian terhadap
sebarang permasalahan yang dihadapi. Oleh itu, usahawan perlu sensitif dan
sedia bertanggungjawab terhadap kesan yang akan diterima oleh masyarakat akibat
daripada kegiatan keusahawanan yang dijalankan. Di samping itu, melalui
pembudayaan keusahawanan akan membolehkan usahawan mengemblengkan serta
memanfaatkan potensi, reputasi dan sumber-sumber yang ada untuk manfaat diri
sendiri, perniagaan, pelanggan dan juga masyarakat keseluruhannya.
No comments:
Post a Comment