Definisi Budaya
Keusahawanan:-
Budaya adalah corak perilaku harian yang diamalkan oleh individu ataupun
kumpulan individu di dalam menguruskan hal-hal kehidupan mereka. Budaya
yang murni selalunya mempengaruhi corak perilaku individu ke arah yang
dikehendaki dan diterima oleh kumpulan masyarakat setempat.
Keusahawanan merangkumi sikap, pengetahuan dan kemahiran yang
cenderung ke arah aktiviti perniagaan. Maka budaya keusahawanan bolehlah
didefinisikan sebagai corak perilaku individu dan kumpulan individu dalam
sebuah masyarakat, yang cenderung ke arah melakukan kegiatan-kegiatan yang berkaitan
dengan perniagaan. Aspek Pembudayaan Keusahawanan Pembudayaan keusahawanan
adalah merupakan proses pembangunan sikap dan personaliti usahawan agar
cintakan kejayaan dan kecemerlangan dalam setiap usaha yang dilakukan. Melalui
proses pembudayaan ini membolehkan usahawan bertindak selaras dengan
tuntutan moral, etika dan akhlak agar kesan daripada aktiviti yang dilakukan
akan mendatangkan kesejahteraan kepada diri sendiri dan masyarakat pada masa kini
atau akan datang.
Diantara perkara-perkara yang perlu
diberikan penumpuan dalam membangunkan budaya keusahawanan adalah:-
- · Mengawal halatuju masing-masing
Setiap perniagaan yang diceburi oleh
usahawan akan sentiasa mengalami ketidakstabilan, perubahan dan terdedah kepada
ancaman dalaman atau luaran. Keadaan ini memerlukan
usahawan menyelia, melaksana dan mengawal halatuju perniagaan yang diceburi
agar terus berkembang .Halatuju perniagaan yang jelas akan
membolehkan usahawan menyusun strategi untuk terus memajukan perniagaan. Usahawan
perlu mempunyai pemikiran yang mampu memfokuskan kepada masa depan dengan
merancang strategi-strategi yang paling sesuai bagi memajukan perniagaannya.
- · memaksimumkan potensi diri.
Usahawan tidak boleh berpuashati dengan
apa yang dicapai setakat hari ini sahaja. Mereka perlu meneruskan dan memaksimumkan usaha, kemahiran dan kemampuan diri
bagi menjamin kelangsungan perniagaan yang diceburi. Mereka
perlu sentiasa membuat analisis pemasaran produk, kekuatan pesaing dan
melihat permasalahan, peluang seta sebarang perubahan secara
holistik. Selain itu mereka mesti sentiasa bersedia untuk
berhadapan dengan sebarang risiko dan juga ketidakpastian serta tahu tentang strategi
dan taktik untuk menangani nya dan menjadikan sesuatu risiko
dan ancaman itu sebagai satu peluang yang boleh menguntungkan.
- · Mendapat keuntungan
Walaupun keuntungan tidaklah semestinya
menjadi objektif utama perniagaan tetapiia tetap menjadi kayu pengukur
kejayaan seseorang usahawan. Keuntungan yang dicapai
melambangkan kejayaan sesebuah syarikat kerana dengan keuntungan yang
diperolehi membolehkan sesebuah syarikat itu mengembangkan lagi perniagaannya,
mengaplikasikan teknologi terkini dalam pengeluaran dan operasi perniagaan dan
membolehkannya membuat promosi yang lebih agresif lagi. Keuntungan
juga boleh meningkatkan keyakinan pekerja terhadap syarikat kerana mereka
tahu sebahagian daripada keuntungan yang diperolehi akan dipulangkan kepada
mereka sama ada dalam bentuk dividen, bonus atau kenaikan gaji
tahunan. Ia juga boleh meningkatkan keyakinan pembekal dan
kreditor bahawa syarikat mampu membayar pinjaman dan kredit yang diberikan
kepada mereka. Keuntungan yang diperolehi akan meningkatkan
keyakinan masyarakat dan pelabur terhadap syarikat kerana mereka yakin syarikat
bersedia untuk memenuhi tanggungjawab sosial dan memberi pulangan yang
menguntungkan ke atas pelaburan yang dilakukan.
- · Berorientasikan perancangan
Perancangan merupakan satu aspek yang
penting bagi seseorang usahawan dalam menyusun strategi perniagaan agar mencapai
matlamat yang telah ditetapkan. Usahawan mestilah sentiasa
memfokuskan kepada masa hadapan dan sensitif terhadap sebarang perubahan yang
berlaku. Usahawan tidak sepatutnya gelojoh atau mengambil masa
yang lama untuk merebut peluang. Usahawan bukanlah seorang
yang pakar dalam semua aspek maka mereka perlu melibatkan pihak yang
mempunyai kepakaran dalam membuat keputusan yang diluar kemahiran
yang dimiliki. Langkah berhati-hati membantu usahawan merancang
masa depan dan perniagaannya dengan baik dan sistematik. Perancangan
yang dibuat mestilah tidak terlalu panjang kerana ketidakpastian
saiz pasaran yang mungkin berubah mengikut peredaran masa.
- · Menggunakan masa secara strategik
Pengurusan masa adalah amat penting bagi
menjamin kejayaan seseorang usahawan. Pengurusan masa mestilah dilakukan secara
strategik iaitu dengan memastikan setiap masa disusuli dengan aktiviti-aktiviti
yang boleh meningkatkan perkembangan syarikat.
- · Inovatif
Komitmen terhadap inovasi perlu dipupuk
dan dibaja dalam diri usahawan. Usahawan yang inovatif lagi
kreatif akan memiliki kecenderungan untuk menggunakan imaginasi bagi mengesan
serta merebut peluang, mengambil faedah daripada cabaran dan permasalahan yang
dihadapi untuk memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.
Pembudayaan inovasi dalam penyelesaian masalah akan mengelakkan usahawan
daripada bersikap pasif, defensif dan terlalu yakin dengan kejayaan
semasa. Pembudayaan inovasi juga akan membolehkan syarikat terus
mengembangkan saiz pasaran, memodifikasikan produk dan proaktif terhadap
tuntutan semasa pelanggan.
- · Meningkatkan kualiti kerja secara berterusan
Penghasilan produk dan perkhidmatan yang
bermutu tinggi secara berterusan akan dapat menjamin kesetiaan, komitmen dan
kepuasan pelanggan.
Nilai kualiti yang tinggi akan memberikan pulangan
yang menguntungkan melalui kesetiaan pelanggan. Oleh itu usahawan
perlulah berusaha untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang berkualiti
tinggi. Teknologi merupakan satu mekanisme yang dapat membantu meningkatkan
kualiti dan kuantiti pengeluaran sesuatu produk. Oleh itu para
usahawan juga perlu prihatin terhadap penggunaan teknologi kerana ia
menyumbang ke arah pembuatan dan teknik rekabentuk yang lebih cekap dan tingkat
daya pengeluaran yang lebih tinggi.
- · Kesediaan untuk merebut peluang
Peluang-peluang perniagaan perlu dicari,
dikenalpasti dan dieksploitasi sendiri oleh usahawan. Oleh itu seseorang
usahawan itu perlulah perlulah memaksimumkan kekuatan daya berfikir
dengan mencari jalan penyelesaian sebarang masalah yang dihadapi oleh
masyarakat dan mengeksploitasikannya dengan menjadikan masalah-masalah tersebut sebagai
peluang perniagaan. Justeru itu usahawan perlulah meningkatkan
pengetahuan dengan mengambil manfaat daripada pergaulan hariannya, memberikan
perhatian terhadap pendapat-pendapat pekerja, pelanggan atau pesaing,
meningkatkan pembacaan dan mengenalpasti kemahiran, kebolehan dan potensi yang
ada pada
PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,
ReplyDelete