Pages

Thursday, October 9, 2014

Artikel Memupuk Budaya Keusahawanan



Definisi Budaya Keusahawanan:-

Budaya adalah corak perilaku harian yang diamalkan oleh individu ataupun kumpulan individu di dalam menguruskan hal-hal kehidupan mereka. Budaya yang murni selalunya mempengaruhi corak perilaku individu ke arah yang dikehendaki dan diterima oleh kumpulan masyarakat setempat.  Keusahawanan merangkumi sikap, pengetahuan dan kemahiran yang cenderung ke arah aktiviti perniagaan. Maka budaya keusahawanan bolehlah didefinisikan sebagai corak perilaku individu dan kumpulan individu dalam sebuah masyarakat, yang cenderung ke arah melakukan kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan perniagaan. Aspek Pembudayaan Keusahawanan Pembudayaan keusahawanan adalah merupakan proses pembangunan sikap dan personaliti usahawan agar cintakan kejayaan dan kecemerlangan dalam setiap usaha yang dilakukan. Melalui proses pembudayaan ini membolehkan usahawan bertindak selaras dengan tuntutan moral, etika dan akhlak agar kesan daripada aktiviti yang dilakukan akan mendatangkan kesejahteraan kepada diri sendiri dan masyarakat pada masa kini atau akan datang.

Diantara perkara-perkara yang perlu diberikan penumpuan dalam membangunkan budaya keusahawanan adalah:-
  • ·         Mengawal halatuju masing-masing

Setiap perniagaan yang diceburi oleh usahawan akan sentiasa mengalami ketidakstabilan, perubahan dan terdedah kepada ancaman dalaman atau luaran. Keadaan ini memerlukan usahawan menyelia, melaksana dan mengawal halatuju perniagaan yang diceburi agar terus berkembang .Halatuju perniagaan yang jelas akan membolehkan usahawan menyusun strategi untuk terus memajukan perniagaan. Usahawan perlu mempunyai pemikiran yang mampu memfokuskan kepada masa depan dengan merancang strategi-strategi yang paling sesuai bagi memajukan perniagaannya.

  • ·         memaksimumkan potensi diri.

Usahawan tidak boleh berpuashati dengan apa yang dicapai setakat hari ini sahaja. Mereka perlu meneruskan dan memaksimumkan usaha, kemahiran dan kemampuan diri bagi menjamin kelangsungan perniagaan yang diceburi. Mereka perlu sentiasa membuat analisis pemasaran produk, kekuatan pesaing dan melihat permasalahan, peluang seta sebarang perubahan secara holistik. Selain itu mereka mesti sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan sebarang risiko dan juga ketidakpastian serta tahu tentang strategi dan taktik untuk menangani nya dan menjadikan sesuatu risiko dan ancaman itu sebagai satu peluang yang boleh menguntungkan.
  • ·         Mendapat keuntungan

Walaupun keuntungan tidaklah semestinya menjadi objektif utama perniagaan tetapiia tetap menjadi kayu pengukur kejayaan seseorang usahawan. Keuntungan yang dicapai melambangkan kejayaan sesebuah syarikat kerana dengan keuntungan yang diperolehi membolehkan sesebuah syarikat itu mengembangkan lagi perniagaannya, mengaplikasikan teknologi terkini dalam pengeluaran dan operasi perniagaan dan membolehkannya membuat promosi yang lebih agresif lagi. Keuntungan juga boleh meningkatkan keyakinan pekerja terhadap syarikat kerana mereka tahu sebahagian daripada keuntungan yang diperolehi akan dipulangkan kepada mereka sama ada dalam bentuk dividen, bonus atau kenaikan gaji tahunan. Ia juga boleh meningkatkan keyakinan pembekal dan kreditor bahawa syarikat mampu membayar pinjaman dan kredit yang diberikan kepada mereka. Keuntungan yang diperolehi akan meningkatkan keyakinan masyarakat dan pelabur terhadap syarikat kerana mereka yakin syarikat bersedia untuk memenuhi tanggungjawab sosial dan memberi pulangan yang menguntungkan ke atas pelaburan yang dilakukan.
  • ·         Berorientasikan perancangan

Perancangan merupakan satu aspek yang penting bagi seseorang usahawan dalam menyusun strategi perniagaan agar mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Usahawan mestilah sentiasa memfokuskan kepada masa hadapan dan sensitif terhadap sebarang perubahan yang berlaku. Usahawan tidak sepatutnya gelojoh atau mengambil masa yang lama untuk merebut peluang. Usahawan bukanlah seorang yang pakar dalam semua aspek maka mereka perlu melibatkan pihak yang mempunyai kepakaran dalam membuat keputusan yang diluar kemahiran yang dimiliki. Langkah berhati-hati membantu usahawan merancang masa depan dan perniagaannya dengan baik dan sistematik. Perancangan yang dibuat mestilah tidak terlalu panjang kerana ketidakpastian saiz pasaran yang mungkin berubah mengikut peredaran masa.
  • ·         Menggunakan masa secara strategik

Pengurusan masa adalah amat penting bagi menjamin kejayaan seseorang usahawan. Pengurusan masa mestilah dilakukan secara strategik iaitu dengan memastikan setiap masa disusuli dengan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan perkembangan syarikat.
  • ·         Inovatif

Komitmen terhadap inovasi perlu dipupuk dan dibaja dalam diri usahawan. Usahawan yang inovatif lagi kreatif akan memiliki kecenderungan untuk menggunakan imaginasi bagi mengesan serta merebut peluang, mengambil faedah daripada cabaran dan permasalahan yang dihadapi untuk memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Pembudayaan inovasi dalam penyelesaian masalah akan mengelakkan usahawan daripada bersikap pasif, defensif dan terlalu yakin dengan kejayaan semasa. Pembudayaan inovasi juga akan membolehkan syarikat terus mengembangkan saiz pasaran, memodifikasikan produk dan proaktif terhadap tuntutan semasa pelanggan.
  • ·         Meningkatkan kualiti kerja secara berterusan

Penghasilan produk dan perkhidmatan yang bermutu tinggi secara berterusan akan dapat menjamin kesetiaan, komitmen dan kepuasan pelanggan. 
Nilai kualiti yang tinggi akan memberikan pulangan yang menguntungkan melalui kesetiaan pelanggan. Oleh itu usahawan perlulah berusaha untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Teknologi merupakan satu mekanisme yang dapat membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran sesuatu produk. Oleh itu para usahawan juga perlu prihatin terhadap penggunaan teknologi kerana ia menyumbang ke arah pembuatan dan teknik rekabentuk yang lebih cekap dan tingkat daya pengeluaran yang lebih tinggi.
  • ·         Kesediaan untuk merebut peluang

Peluang-peluang perniagaan perlu dicari, dikenalpasti dan dieksploitasi sendiri oleh usahawan. Oleh itu seseorang usahawan itu perlulah perlulah memaksimumkan kekuatan daya berfikir dengan mencari jalan penyelesaian sebarang masalah yang dihadapi oleh masyarakat dan mengeksploitasikannya dengan menjadikan masalah-masalah tersebut sebagai peluang perniagaan. Justeru itu usahawan perlulah meningkatkan pengetahuan dengan mengambil manfaat daripada pergaulan hariannya, memberikan perhatian terhadap pendapat-pendapat pekerja, pelanggan atau pesaing, meningkatkan pembacaan dan mengenalpasti kemahiran, kebolehan dan potensi yang ada pada


Artikel Budaya Keusahawanan

Usaha melahirkan usahawan yang berjaya bukanlah suatu tugas yang mudah. Ia perlukan komitmen, dedikasi, ketegasan, dan amalan yang berterusan ke arah mempraktikkan roh keusahawanan dalam setiap urusan harian. Hal ini dikatakan sebagai pembudayaan keusahawanan. Budaya keusahawanan individu boleh diasuh dan dididik sehingga ia melekat seperti “aur dengan tebing”. (Kamarulzaman Ismail, Amaludin Ab. Rahman, 2009). Maka pembudayaan keusahawanan perlu dipupuk dan dimantapkan dalam jiwa belia supaya generasi ini akan dapat menggerakkan usaha ke arah mencapai taraf negara maju menjelang 2020.
Bidang keusahawanan merupakan satu bidang yang dapat menjana pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Masalah yang ingin dikaji ialah pemantapan budaya keusahawanan di kalangan belia. Budaya keusahawanan adalah ekspresi sikap sosial yang positif terhadap perniagaan dan perlu disemai untuk memperkuat proses pembangunan insan dalam sektor perniagaan dan perusahaan.


Strategi Memantapkan Budaya Keusahawanan Di Masyarakat


Ø  Memberi pendedahan awal ilmu keusahawanan dan perniagaan kepada masyarakat bermula pada alam persekolahan

Ø  Menganjurkan program-program keusahawanan siswa untuk dimanfaat oleh siswa

Ø  Menyediakan bantuan kewangan dan kemudahan asas kepada usahawan terutamanya usahawan belia

Ø  Menyediakan kemudahan pinjaman jangka panjang dan jangka pendek kepada usahawan belia yang berkelayakan

Ø  Menggalakkan belia menghadiri kursus pengurusan kewangan dan perniagaan 

Ø  Menggalakkan interaksi antara kaum terutamanya usahawan belia tentang kemahiran menguruskan perniagaan

Ø  Menggiatkan kempen kesedaran tentang isu-isu keusahawanan dan pembangunan keusahawanan

Ø  Memperbanyakkan program pembangunan keusahawanan

Ø  Meningkatkan penawaran kursus-kursus keusahawanan
Ø  Meningkatkan jaringan dan kerjasama dengan badan yang berkepentingan yang boleh menyokong minat belia menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan


Secara keseluruhannya, bidang keusahawanan merupakan bidang yang sangat penting dalam memastikan pembangunan sesebuah negara. Sejarah telah membuktikan bahawa negara yang mempunyai ramai usahawan adalah lebih maju ke hadapan dalam perkembangan ekonominya. Maju dan mundur ekonomi sesebuah negara adalah bergantung usahawan yang dinamis dan berpandangan jauh. Maka kerajaan telah mengambil inisiatif menubuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan pada tahun 1995 sebagai badan yang menguruskan pembangunan usahawan. Pembudayaan keusahawanan adalah merupakan aspek penting dalam pembangunan usahawan.
Budaya keusahawanan ialah sifat-sifat positif yang dimiliki oleh seseorang individu seperti tabah, cekal dan sentiasa bersemangat. Sifat-sifat keusahawanan juga boleh menjadi modal dan aset untuk berniaga dan boleh meyakinkan orang lain. Budaya keusahawanan perlu dipupuk bermula daripada peringkat sekolah melalui program-program keusahawanan yang dijalankan oleh pelajar dan dibimbing oleh guru-guru yang berpengalaman. Budaya ini juga perlu dipupuk pada peringkat IPT dengan menawarkan kursus, program, seminar, atau aktiviti kepada mahasiswa supaya dapat memupuk minat dan mendorong mereka untuk menceburi bidang keusahawanan. Pembudayaan ini penting dan perlu disemai di kalangan belia terutamanya golongan Bumiputera supaya mereka tidak boleh mengharapkan bekerja di sektor kerajaan dan bantuan kerajaan semata-mata. Mereka perlulah lebih berdikari untuk menceburi bidang lain seperti bidang perniagaan ataupun keusahawanan.
Pembudayaan keusahawanan akan melahirkan usahawan yang kreatif dalam mencari jalan penyelesaian terhadap sebarang permasalahan yang dihadapi. Oleh itu, usahawan perlu sensitif dan sedia bertanggungjawab terhadap kesan yang akan diterima oleh masyarakat akibat daripada kegiatan keusahawanan yang dijalankan. Di samping itu, melalui pembudayaan keusahawanan akan membolehkan usahawan mengemblengkan serta memanfaatkan potensi, reputasi dan sumber-sumber yang ada untuk manfaat diri sendiri, perniagaan, pelanggan dan juga masyarakat keseluruhannya.